UCAPAN KHAS RAMADHAN DAN AIDILFITRI

MUQADDIMAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Salam Ramadhan

Kepada semua pengunjung laman ini, kami mengucapkan selamat datang dan setinggi-tinggi penghargaan ke atas kesudian tuan-tuan menziarahi laman kami ini.

Adalah tujuan sebenar laman ini dibina demi menjadikan ianya satu platform kepada penyaluran informasi dan dakwah bersempena bulan yang mulia, Ramadhan Al-Mubaraq ini. Capaian luar dari lingkungan sekolah dalam era rangkaian internet ini juga diharapkan dapat memberikan maklumbalas positif daripada masyarakat sekolah khasnya terhadap penyampaian maklumat dan dakwah, bukan sahaja untuk program Ihya Ramadhan ini, bahkan terhadap semua program yang akan dilaksanakan kelak.

Laman ini juga diharapkan menjadi benchmarking kepada panitia dalam usaha membina satu laman web yang berkesan pada tahun 2012 kelak. Insya Allah.

Semoga usaha yang murni ini dirahmati dan diberkati Allah demi membangunkan Agama Islam yang mulia.