Aktiviti Bulan Ramadhan dilaksanakan dengan pelbagai variasi aktiviti berfaedah. Secara rutinnya, setiap hari pada waktu rehat tazkirah giliran Guru-Guru Agama sekolah akan disampaikan sebagai mengisi waktu rehat dengan majlis ilmu yang bermanfaat dan berfaedah. Pada masa yang sama juga pertandingan-pertandingan seperti tekasilangkata, kuiz dan syarahan dijalankan bagi memberikan peluang kepada murid turut serta terlibat dalam semua aktiviti yang dirancang.